Lembah gerun
Lembah gerun

Lembah gerun

Dalam bidang estetika, lembah gerun (Jepun: 不気味の谷, Hepburn: bukimi no tani) merupakan hubungkait yang terhipotesis antara tahap persamaan sesuatu objek terhadap manusia dan tindak balas emosi manusia terhadap objek tersebut. Konsep ini mencadangkan bahawa objek humanoid yang menyerupai manusia sebenar secara tidak sempurna menimbulkan perasaan gerun atau perasaan kegelisahan dan kejijikan yang luar biasa pada diri pemerhati. "Lembah" di sini menandakan penurunan dari segi ketertarikan pemerhati manusia terhadap replika— julat kuasa padu yang sebaliknya meningkat dengan peningkatan keserupaan manusia pada replika.Antara contoh-contoh fenomena ini wujud dalam bidang robotik, animasi komputer 3D dan anak patung tampak hidup. Peningkatan kelaziman teknologi (contohnya seperti realiti maya, realiti terimbuh dan animasi komputer fotorealistik) telah menyebarkan perbincangan dan petikan tentang "lembah" tersebut; perbincangan sedemikian telah meningkatkan verisimilitud gagasan tersebut. Hipotesis lembah gerun membuat andaian tentang sesuatu entiti yang kelihatan hampir seperti manusia akan berisiko menimbulkan perasaan dingin dan seram pada diri penonton entiti tersebut.